CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 16, 2011

Cuti-Cuti-Cinta!!!



Kenapa cuti-cuti-cinta??sebab..cuti kali ni ramai ora
ng-orang yang penting dalam hidup aku menamatkan zaman bujang mereka..dan disebabkan mereka menamatkan zaman bujang mereka..maka aku adalah antara manusia yang busy body dalam majlis mereka-mereka ni..


Cuti seminggu ni rasa sangat singkat..hari khamis lepas sekolah terus gerak ke Kemaman..sedih sebab tak sempat jumpa mr.iK..dia kerja..tidur satu malam kat rumah kakak..pagi Jumaat terus gerak ke KL..sampai dalam pukul 4 petang..kena siap-siap untuk pergi akad nikah abang aku kat Kuchai Lama..dah la sesak dengan orang nak balik kampung..haiihhhhhh...perjalanan 30 minit pun jadi sejam lebih..sampai kat masjid pun dah pukul 9 lebih..alhamdulillah abang selamat bernikah pada 11.3.11..lepas makan-makan ada majlis berinai pulak..adoyaiiiii..orang terengganu kahwin senang je..takde berinai-inai ni..balik umah pun dah dekat pukul 2 pagi..kahwin punya pasal..nasib baik abang aku yang kahwin..kalau orang lain memang aku tak pergi dah..huhuhuuu..


Selamat Pengantin Baru Hafiz & Izyan...

makan-makan-makan!!!

betul kan aku ada..aku tak tipu pun~~


Balik semula ke terengganu hari Ahad..bermalam di Kemaman lagi..pagi Isnin baru balik rumahku yang terchenta...sebelum balik sempat breakfast dengan mr. iK..lepas breakfast pergi bercanda di pasiran pantai pulak..sanga
t terharu sebab mr. iK sanggup datang walaupun lepas penat bekerja semalaman..dengan baju kerja pulak tu..nasib baik saya ada perfume yang sangat wangi..taklah mucuk sangat..btw..mekasih ye mr. iK!!!



family breakfast box..nyum3!!


larat ke mr. Ik nak angkat batu tu???


walaupun panas..tetap maintain la pakcik..

i love you most!

Sampai rumah dalam pukul 2 petang..kena siap-siap pulak untuk pergi kenduri dua pupu..nasib baik dekat je..cik Mun..ketahuilah bahawa awak sangat chantek dengan baju "hot pink"
awak..sekali lagi rasa terharu sebab cik Mun sanggup pakai balik
veil dan crown sebab nak shoot pics dengan aku..


Actually, ada lagi seorang sepupu yang kahwin kat terengganu..tapi tak berkesempatan nak pergi sebab tarikh dia kahwin tersama pulak dengan abang aku punya wedding..tapi sebelum ke KL sempat singgah rumah dia untuk say congratzz dan bagi hadiah kahwin..


Yang lagi seorang pulak telah melangkah ke fasa pertunangan pada 11.3.11..sedih sebab tak dapat sama-sama di hari bahagia kamu..kenapa buat sama dengan abang aku punya kahwin?kalau tak mesti aku boleh datang..hukhukhuk!!








Aku?










Semalam family mr. iK datang rumah..kononnya nak berkenal-kenalan dengan family aku..merisik ke?entahlah..aku pun tak tahu datang merisik ke apa..ada 3 kereta yang datang..tapi mr. iK tak ada pun..dan akhirnya..objektif kedatangan mereka tak tercapai..mak ayah tak boleh nak bincang apa-apa sebab ramai sangat orang..bincang apa??haaaa..ini yang kita tak tahu..










p/s>to my bro, Mohd Hafiz bin Kamarudin and wife, Izyan..congratzz to both of you..selamat melayari bahtera perkahwinan..(ayat takleh blah ni)..semoga bahagia sampai syurga..tabah dalam menjalani kehidupan rumah tangga yang macam highway Karak..jangan asyik bercakar je macam dulu..dan cepat-cepat tambah koleksi anak saudara aku ye..ngehngehngeh~~


>to my cuzzie,
Fatimah Munirah Lamree and husband, Shukor..congratzz to both of you too..semoga bahagia sampai syurga..semoga cepat dapat baby..doakan saya pulak ye..ngeee~~


>to my cuzzie, Wahida Mutmainnah binti Ramly and husband, Hamdan..sorry tak dapat datang wedding kamu berdua..semoga bahagia sampai syurga..=)


>to my classmate,
Nur Fathiah binti Mohd Nasir and her future husband, Sabri..tahniah atas pertunangan kamu..walaupun saya tak dapat datang masa awak bertunang..insyaAllah saya akan pergi masa awak kahwin nanti..ok?



>>>to my mr. iK...i love you most!!


No comments:

Post a Comment