CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 18, 2011

rindu-mindu



Hari ni jumpa Syazwani..setelah sekian lamanya tak jumpa..berapa lama ek??3 bulan kot..lama kan??agenda utama kami kalau jumpa adalah sesi photoshoot oleh photographer2 yang terdiri daripada aku dan Syazwani sendiri..yela..siapa lagi yang nak amikkan kan??


Lokasi photoshoot kami kali ni ialah Teluk Warisan sebab Syazwani paksa aku bawak dia pergi tempat tandus ni..sian pulak tengok dia merayu-rayu..disebabkan aku baik...aku pun bawak lah dia pergi tengok tempat tandus tu..banyak jugak kami snap pics kat sini sebab cuaca pun cuma suam-suam kuku kaki je masa tu..lepas penat berposing..kami lepak kat bangku dan bergosip..dalam masa 3 bulan ni macam2 benda kami simpan..baru hari ni dapat luah..hehe..best3!!


Lepas photoshoot kami pergi menunaikan solat Zuhur di Masjid Kristal..photoshoot lagi..lagi..lagi...alamak..perut lapar la pulak..hurrrrmmmmmmmmmmmmmmm~~


Jalan-jalan Cari Makan akhirnya singgah di R.A.S.A.M.A.S..menu aku quarter bird black pepper chicken+mee bandung RASAMAS+iced milo..Syazwani pulak quarter bird black pepper chicken+sup bebola daging+ice lemon tea...sedap kan??nyum3!!'makan sampai muncit' adalah misi kami hari ni..hehe..lepas makan-makan hantar Syazwani balik..


On the way balik sempat singgah Masjid Terapung..photoshoot lagik..hehehe..dekat pukul 6 lebih barulah aku berjaya hantar Syazwani balik umah..rindu pun tak terubat lagi..at least jumpa la jugak kan..sampai je depan rumah mak aku pun call.."kat mana ni???tak jumpa cari jalan balik umah dah ke??????!!!!!!"..hadoii!!!pedihnya ayat..terguris aku bila dengar..tapi still control gelak-gelak comel...baru je hari ni boleh spend time dengan Syazwani dah kena bebel..hurrmmmmmmmm..bebel pun bebel laaa..asalkan rindu aku pada kamu terubat...kan?







p/s..to my bestfwen eva..aku happy ada kawan macam kamu!!cepat2 transfer pic kita ye...sayang kamu rindu kamu..mmmmmmmuah!!








p/s..to my mr. iK..sudah semestinya saya rindu kamu juga...




Wednesday, March 16, 2011

Cuti-Cuti-Cinta!!!



Kenapa cuti-cuti-cinta??sebab..cuti kali ni ramai ora
ng-orang yang penting dalam hidup aku menamatkan zaman bujang mereka..dan disebabkan mereka menamatkan zaman bujang mereka..maka aku adalah antara manusia yang busy body dalam majlis mereka-mereka ni..


Cuti seminggu ni rasa sangat singkat..hari khamis lepas sekolah terus gerak ke Kemaman..sedih sebab tak sempat jumpa mr.iK..dia kerja..tidur satu malam kat rumah kakak..pagi Jumaat terus gerak ke KL..sampai dalam pukul 4 petang..kena siap-siap untuk pergi akad nikah abang aku kat Kuchai Lama..dah la sesak dengan orang nak balik kampung..haiihhhhhh...perjalanan 30 minit pun jadi sejam lebih..sampai kat masjid pun dah pukul 9 lebih..alhamdulillah abang selamat bernikah pada 11.3.11..lepas makan-makan ada majlis berinai pulak..adoyaiiiii..orang terengganu kahwin senang je..takde berinai-inai ni..balik umah pun dah dekat pukul 2 pagi..kahwin punya pasal..nasib baik abang aku yang kahwin..kalau orang lain memang aku tak pergi dah..huhuhuuu..


Selamat Pengantin Baru Hafiz & Izyan...

makan-makan-makan!!!

betul kan aku ada..aku tak tipu pun~~


Balik semula ke terengganu hari Ahad..bermalam di Kemaman lagi..pagi Isnin baru balik rumahku yang terchenta...sebelum balik sempat breakfast dengan mr. iK..lepas breakfast pergi bercanda di pasiran pantai pulak..sanga
t terharu sebab mr. iK sanggup datang walaupun lepas penat bekerja semalaman..dengan baju kerja pulak tu..nasib baik saya ada perfume yang sangat wangi..taklah mucuk sangat..btw..mekasih ye mr. iK!!!



family breakfast box..nyum3!!


larat ke mr. Ik nak angkat batu tu???


walaupun panas..tetap maintain la pakcik..

i love you most!

Sampai rumah dalam pukul 2 petang..kena siap-siap pulak untuk pergi kenduri dua pupu..nasib baik dekat je..cik Mun..ketahuilah bahawa awak sangat chantek dengan baju "hot pink"
awak..sekali lagi rasa terharu sebab cik Mun sanggup pakai balik
veil dan crown sebab nak shoot pics dengan aku..


Actually, ada lagi seorang sepupu yang kahwin kat terengganu..tapi tak berkesempatan nak pergi sebab tarikh dia kahwin tersama pulak dengan abang aku punya wedding..tapi sebelum ke KL sempat singgah rumah dia untuk say congratzz dan bagi hadiah kahwin..


Yang lagi seorang pulak telah melangkah ke fasa pertunangan pada 11.3.11..sedih sebab tak dapat sama-sama di hari bahagia kamu..kenapa buat sama dengan abang aku punya kahwin?kalau tak mesti aku boleh datang..hukhukhuk!!








Aku?










Semalam family mr. iK datang rumah..kononnya nak berkenal-kenalan dengan family aku..merisik ke?entahlah..aku pun tak tahu datang merisik ke apa..ada 3 kereta yang datang..tapi mr. iK tak ada pun..dan akhirnya..objektif kedatangan mereka tak tercapai..mak ayah tak boleh nak bincang apa-apa sebab ramai sangat orang..bincang apa??haaaa..ini yang kita tak tahu..










p/s>to my bro, Mohd Hafiz bin Kamarudin and wife, Izyan..congratzz to both of you..selamat melayari bahtera perkahwinan..(ayat takleh blah ni)..semoga bahagia sampai syurga..tabah dalam menjalani kehidupan rumah tangga yang macam highway Karak..jangan asyik bercakar je macam dulu..dan cepat-cepat tambah koleksi anak saudara aku ye..ngehngehngeh~~


>to my cuzzie,
Fatimah Munirah Lamree and husband, Shukor..congratzz to both of you too..semoga bahagia sampai syurga..semoga cepat dapat baby..doakan saya pulak ye..ngeee~~


>to my cuzzie, Wahida Mutmainnah binti Ramly and husband, Hamdan..sorry tak dapat datang wedding kamu berdua..semoga bahagia sampai syurga..=)


>to my classmate,
Nur Fathiah binti Mohd Nasir and her future husband, Sabri..tahniah atas pertunangan kamu..walaupun saya tak dapat datang masa awak bertunang..insyaAllah saya akan pergi masa awak kahwin nanti..ok?



>>>to my mr. iK...i love you most!!


Saturday, January 22, 2011

Kawan Baru!



Saya dapat kawan baru..nama dia Piki..sekarang ni dia yang temankan malam-malam saya..kadang-kadang saya kurang senang dengan dia sebab dia selalu perhatikan gerak geri saya..lagi-lagi masa saya tidur..ntah pape la Piki ni kan?



ni la Piki yang comey tomey..=)









p/s...mekasih ye Mr. IK sebab bagi Piki kat saya as a birthday present..nampaknya saya dah ada penjaga..dah tak boleh nakal-nakal lagi..hurrrmmmmm~~




Saturday, January 1, 2011

Bukan Selamat Pengantin Baru!



Happy New Year!!!


Selamat tahun baru 2011..tarikh hari ni agak chantek kan?1.1.11..bila terfikirkan tarikh ni semalam..saya telah bertanya pada mr. iK saya..boleh tak kalau kita couple balik hari ni?hehe..what a funny question!dan sudah semestinya la jawapan dia tak boleh kan..hehe..ni intro je..takde kena mengena pun dengan topik tahun baru..


Sempena tahun baru ni mesti semua orang ada azam baru kan?apa azam baru korang?ataupun korang still target nak capai azam tahun lepas?




Okay..ni antara azam aku untuk 2011..harap-harap tercapai (sebab selalunya susah nak capai)...


1. nak meningkatkan amal ibadat sebagai seorang Islam..

2. nak jadi seorang anak perempuan yang mendengar kata ibunya..

3. nak belajar leklok sebab tinggal setahun je lagi..(yang ni paling takleh percaya kot)

4. nak cuba control marah..oh!saya memang cepat temper..lagi-lagi bila dekat nak p****d...cian mr. iK saya sebab selalu jadi mangsa angin pasang surut saya ni..mekasih ye pakcik sebab tahan dengan makcik ni..harap-harap tahan sampai bila-bila eh..ngee~

5. nak setia sesetia setianya pada mr. iK...

6. nak jadi seorang manusia yang dapat memberikan manfaat kepada manusia lain..








p/s..mengharapkan sesuatu yang istimewa pada 11.11.11..can't wait for this date..=)




Friday, December 31, 2010

Oh my!!!2010 will leave us in few hours more..



So many things happened this year..macam korang jugak kan..mesti banyak benda yang jadi kat korang sepanjang 2010 ni..ada yang buat kita gembira..ada yang buat kita sedih..tak kurang juga yang membuatkan kita kecewa..tapi itulah kehidupan..kalau asyik gembira je tak best jugak kan..mesti kita akan lupa pada Dia..biasa la kalau dalam drama melayu yang kaya-raya takde masalah tu mesti perangai buruk sikit kan?kononya disebabkan oleh kesenangan yang mereka ada..kalau yang miskin tu mesti baik sopan santun punya..dalam drama la..kalau realiti ni ada je orang kaya yang baik..ada jugak yang miskin tu kurang baik..kad
ang-kadang ujian dan dugaan yang diberikan untuk kita adalah supaya kita ingat dan kembali kepada-Nya..Allah sayang kita semua..semua ujian dan dugaan tu jugak sememangnya mampu untuk kita hadapi..Allah takkan sesekali membebankan hamba-hambaNya dengan sesuatu ujian yang tak mampu untuk hamba-hambaNya pikul..apa yang penting???sabar dan ikhlas ye kawan-kawan!!laa..panjang jugak ceramah aku ni..




Hurrmmm..back to the topic..apa yang terjadi sepanjang 2010?jom tinjau kejadian-kejadian penting dalam hidup aku sepanjang tahun 2010 ni..



++for the first tyme be a real teacher at Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar on March..quite nervous cause lack of experience..tapi disebabkan duduk sebulan je taklah rasa sangat..pulak tu tak duduk kat bilik guru sebab bilik guru memang dah pack giler..jadi kami pun tak bergaul sangat dengan cikgu-cikgu yang lain..dengan adanya Pendang and Zerat sebagai rakan kongsi bilik dengan aku dan Lynn,jadi takdelah bosan sangat hidup kami berdua..budak-budak pulak memang out of control la..suara aku yang macam halilintar ni pun tak bagi kesan kat diorang..alih-alih aku pulak yang nampak macam babun duk menjerit-jerit dalam kelas..malu kot dengan cikgu-cikgu veteran..satu soalan yang belum terjawab..cikgu-cikgu veteran tu buat macam mana sampai budak-budak nakal tu semua dengar cakap dia walaupun dia mengajar dengan volume yang paling low??ilmu apa diorang pakai ek?aku nak jugak ilmu tuuuu..



captured on the last day at SKPBB..precious moment ever..



++met my Mr. iK..be his lover on 2nd of June 2010..and hope i'll be his till the end of my life..amin~~



Spend time together with my Mr.iK..




++be a real teacher for two months at Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit, Chendering on July..kat sini aku dan Lynn berjaya ditempatkan bersama-sama cikgu-cikgi lain di bilik guru..kat sekolah ni lah aku rasa macam aku ni cikgu betul..aku dapat rasa situasi sebenar di sekolah..perangai cikgu-cikgi yang memang havoc giler..sangat peramah dan tak layan kami macam orang asing..budak-budak sekolah ni lebih sopan nak banding dengan sekolah dulu..maybe sebab location dia kat area kampung membezakan cara hidup dan peribadi diorang..




++Tanggal 18 November 2010, kakak aku dan kakak ipar aku selamat melahirkan anak kedua mereka pada tarikh dan hari yang sama..cuma tempat je yang berbeza..mekasih ye kakak-kakakku kerana telah mengurniakan kembar yang comel kepada aku..aku nak buat kelab 18th November..siapa nak join?hehehe~




++Alhamdulillah tahun ni orang yang paling aku sayang iaitu mak aku telah dijemput untuk menjadi tetamu di rumah Allah..bila biasa bersama memang sangat terasa bila tiada..hanya Allah yang tahu rindunya aku pada mak aku sepanjang dia takde..malam-malam memang sangat susah aku nak tidur..dah macam orang giler pun ada..dengan serabut serabainya..dan akhirnya mak aku balik dan aku kembali normal setelah hampir dua bulan ditinggalkan..berdua lebih baik kan??




++tahun ni jugak dapat hadiah besday yang sangat sangat sangat best..orang jarang dapat hadiah memang macam ni..biasanya abang aku yang sorang tu je bagi hadiah perfume..tokey perfume la katakan..tapi tahun 2010 ni lain daripada yang lain..



thanx a lot to my bro, Muhammad Dastan for giving me this camera..takyah beli dah..weheeee~~




thanx to my mom for the Sachs's handbag..




Titus form my bro, Mohd Hafiz..mekasih arrrr..hahaha~




Mr. Hairy from ma bestfriend, Mr. Wanted..mekasih juga!




Menarik kan 2010?hope you guys pun macam tu jugak..setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita tak kira sedih atau gembira semuanya memberi corak yang sangat chantek untuk lukisan hidup kita..kalau putih plain je tak menarik la kan?aku harap perkara-perkara yang berlaku dalam hidup aku akan mematangkan aku dalam menghadapi masa-masa depan pulak..okay lah..aku rasa cukup setakat tu dulu untuk entry akhir tahun ni..jumpa lagi tahun depan babe!!









p/s...papai 2010..we will miss you!!



Monday, December 13, 2010

~Can't wait for tomorrow~~


Tak sabar nak tunggu esok..dah hampir dua bulan aku nantikan 14 dis 2010..tidur malam pun asyik tak lena je..tapi makan kenyang je..hehe..actually, esok mak aku nak balik dari mengerjakan haji di Mekkah..hanya Allah je yang tahu betapa rindunya aku kat mak aku.. al-maklumlah..tak pernah berjauhan dengan mak..tidur pun dengan mak..gi meronggeng pun dengan mak..hehe..insyaAllah flight will be arrived around 9 am..nampaknya dah kena tidur kot..kang tak pasal-pasal pulak kena tinggal kalau bangun lambat esok..nunite eberibodi..mimpi manis ye!!!=)







p/s...ya Allah, lindungilah perjalanan pulang ibuku..amin~~

Sunday, December 12, 2010

~First trial aku terhadap makanan bernama Tomyam~


Hari ni buat
tomyam ayam..sebab dah tak ada idea nak masak apa..tak habis2 masak merah..masak kicap..gulai..hari ni aku cuba ikut nasihat akak aku untuk cuba masak tomyam ni..walaupun bahan tak cukup sangat..aku tibai je la..asalkan boleh makan..setelah mendapat pujian ikhlas dari akak dengan tok aku..aku rasa percubaan pertama aku agak membanggakan la jugak...bahan2 yang diperlukan adalah seperti berikut ye adik2..


sayur-sayuran segar..kalau ade baby corn lagi cantek!!


yang ni pulak macam biasa la kan..kalau tak ada macam tak lengkap la tomyam tu..


ni la bahan wajib..kalau tak ada memang takkan layak bagi nama tomyam..


kawanan tomyam...


nampak macam tak best..tapi besttttttttttt!!!(akak aku yang cakap macam tu..hehe~~)





p/s..baru aku tahu masak tomyam ni senang je sebenarnya..kalau ada yang cakap tak reti tu maknanya dia MALAS...=)