CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 2, 2011

jalan-jalan dengan si gila kamera!


Actually bukan jalan-jalan sangat pun..pergi mengukuhkan skill menangkap gambar..model pulak macam biasa la..siapa lagi kalau bukan cik Jasmeon kita..dan aku..lokasi yang dipilih ialah Masjid Terapungn dan Masjid Kristal..orang pergi masjid sebab nak solat..kitorang pergi masjid buat posing mengancam..ish3...bila ko nak insaf ni cik Jasmin..menggunakan kamera bukan DSLR..kami berjaya menghasilkan gambar-gambar seperti di bawah..selamat menatap..=)

















p/s..kesian pulak ambil gambar sendiri..nak jadi model tak mampu..




Monday, August 1, 2011

1st day puasa~




Hari ni hari pertama puasa..terasa jugak kelaparan tatkala matahari sedang tegak di atas kepala..still at school..buat-buat rajin je ni..kalau hari tak puasa dah lama aku cabut balik rumah cari nasi..tapi hari ni dah tak macam hari-hari sebelumnya..rasa macam nak berkampung je kat sekolah ni..nak angkat punggung pun malas..tetiba teringat cerita upin ipin..kelakar pulak dialog diorang masa mula-mula nak belajar puasa..budak-budak memang macam gitu gayanya..dan terasa sangat hairan bin ajaib bila orang tua pun ada yang tak puasa..ish3..buat malu je kat upin dengan ipin..tapi kalau yang 'tettttttttt' tu takpe la jugak..ni yang sihat-mihat..segar-megar pun tak puasa...bawak-bawak la puasa..bukan mati pun kalau korang puasa..pape pun..ikhlaskan diri berpuasa..kalau tak nanti lapar je yang dapat...




















p/s...nak beli apa ek untuk buka puasa hari ni..murtabak pun sodap..ayam golek pun ok jugak..abc lagi..nyum3!






Sunday, July 31, 2011

esok puasa!





Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

Bersyukur sangat sebab masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadhan tahun ni..

Rasa macam baru semalam puasa..

Ni dah nak puasa balik..

Sekejap je Ramadhan dah datang balik kan?

Buat semua umat Islam di seluruh pelosok dunia..

Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Ambillah kesempatan ini untuk gandakan amalan kita..

Semoga ibadah yang kita lakukan diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t...

Amin~~









p/s...pose jangan tak pose tau!





Monday, July 4, 2011

~Terima Kasih Cinta~


Hari ni genap sebulan aku jadi tunang orang..baru sebulan dah kecoh..ahaks!actually aku bertunang dengan si dia after 1 year+2 days kami kenal..cepat kan?tapi bila fikir-fikir balik..buat apa nak tunggu lama-lama..kawan setahun ni pun dah banyak dosa kot..hukhukhuk!so,selepas dapat restu dari kedua-dua keluarga..kami pun mengikat tali pertunangan pada tanggal 4 Jun 2011..mak aku nak buat tarikh ni sebab nak sekalikan dengan majlis sambut menantu abang aku..kira 2 in 1 la ni..senang kerja katanya..aku pun rasa ada betulnya jugak pemikiran mak aku tu..(memang la rasa macam tu sebab dah gatal sangat nak bertunang..ahaks!)..bila aku upload pics kat muka buku ramai yang terkezut aku bertunang..terkezut bebetul ke tetipu ke aku pun tak pasti..tapi aku rasa bebetul kot sebab takde orang yang tahu pasal aku dengan si dia selain daripada bestfriends aku dan classmates aku..kononnya sedih sebab aku tak jemput..helloo!!baru tunang..belum kahwin lagi lorrr..kalau tunang aku dah jemput semua orang..siapa pulak aku nak jemput masa kahwin nanti kan..sobar ye..doakan kami cepat kahwin ye..hekhekhekhek..gatal!!





Soalan-soalan femes bila bertunang..


Dengan siapa??

Dengan siapa lagi kalau bukan my mr.iK..hehe..=P


Orang mana??

Orang Terengganu jugak..asal Kemaman..tercapai hasrat mak aku..=)


Dah kerja ke belum??

Aishhh!!dah kerja dah..sebab tu nak kahwin cepat..hekhekhek..gatal lagik!


Bila nak langsung??

InsyaAllah dalam setahun ni..doakan kami ye!kot2 makbul doa korang cepatlah korang boleh makan nasik berminyak aku..=))


Perasaan bertunang??

ermmmmm..susah sikit nak cakap perasaan ni sebab semua rasa ada..happy+excited+nervous+malu..i kan pemalu orangnya..=)






Aku pun macam tak percaya aku akhirnya bertunang dengan mr.iK..setelah mengharungi segala suka duka..gaduh-gaduh..cakar mencakar..akhirnya aku dengan dia jugak..semoga ikatan pertunangan ini berakhir dengan pernikahan yang sah dan kekal sehingga ke syurga..hanya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk kami berdua..





Oh ya!!sebenarnya..saya sangat jeles tengok kawan-kawan yang tengah buat preparation kahwin..nak jugak!!!!=P









to my mr.iK....thanx sebab sentiasa sabar dengan saya..awak kerja rerajin tau..saya nak kahwin dah ni..=))




Monday, April 18, 2011

~saya percuma sekarang!!!~



Alhamdulillah..masa yang ditunggu2 dari last year dah pun berakhir..walaupun secara tersuratnya belum settle..tapi secara tersiratnya dah pun selesai..hari ni dah settle kesemua berbelas-belas observe..hari last ni observe maths..observe english dah pun siap last week..tapi..aku rasa macam kurang lega..dapat rasa markah aku untuk maths ni macam teruk sangat je..aku ingat bila dah settle observe ni aku akan rasa heaven giler..tapi lain pulak jadiknya...haihhhh~~




haruskah aku happy?




haruskah aku rasa lega?




haruskah?




haruskah?????



tapi....................................









kalau aku terus fikir pasal markah pun bukan dia boleh tukar jadi makin elok pun...



bila fikir-fikir balik.....





haruslah aku.................





1)rasa lega yang teramat sangat.....



2)buat macam dunia ni aku yang punya.....



3)tengok movieeeeeeeeeeeeeeeeeee!!



4)pergi meronggeng kak limah!!(siapa nak ikut sila angkat tangan macam saya..)



5)main bowling!!!(macam biasa aim aku longkang..hehehe~)



6)karokss sampai pecah mak bapak tekak!







kan??




tu yang sepatutnya kan?




p/s...Adilah..sila lupakan perasaan itu..please!


Wednesday, April 13, 2011

~Sedetik Lebih~

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih serta selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih serta selamanya







p/s..dedicated special for my mr. iK..bukan lebih sedetik je..tapi selamanya tau!

Friday, March 18, 2011

rindu-mindu



Hari ni jumpa Syazwani..setelah sekian lamanya tak jumpa..berapa lama ek??3 bulan kot..lama kan??agenda utama kami kalau jumpa adalah sesi photoshoot oleh photographer2 yang terdiri daripada aku dan Syazwani sendiri..yela..siapa lagi yang nak amikkan kan??


Lokasi photoshoot kami kali ni ialah Teluk Warisan sebab Syazwani paksa aku bawak dia pergi tempat tandus ni..sian pulak tengok dia merayu-rayu..disebabkan aku baik...aku pun bawak lah dia pergi tengok tempat tandus tu..banyak jugak kami snap pics kat sini sebab cuaca pun cuma suam-suam kuku kaki je masa tu..lepas penat berposing..kami lepak kat bangku dan bergosip..dalam masa 3 bulan ni macam2 benda kami simpan..baru hari ni dapat luah..hehe..best3!!


Lepas photoshoot kami pergi menunaikan solat Zuhur di Masjid Kristal..photoshoot lagi..lagi..lagi...alamak..perut lapar la pulak..hurrrrmmmmmmmmmmmmmmm~~


Jalan-jalan Cari Makan akhirnya singgah di R.A.S.A.M.A.S..menu aku quarter bird black pepper chicken+mee bandung RASAMAS+iced milo..Syazwani pulak quarter bird black pepper chicken+sup bebola daging+ice lemon tea...sedap kan??nyum3!!'makan sampai muncit' adalah misi kami hari ni..hehe..lepas makan-makan hantar Syazwani balik..


On the way balik sempat singgah Masjid Terapung..photoshoot lagik..hehehe..dekat pukul 6 lebih barulah aku berjaya hantar Syazwani balik umah..rindu pun tak terubat lagi..at least jumpa la jugak kan..sampai je depan rumah mak aku pun call.."kat mana ni???tak jumpa cari jalan balik umah dah ke??????!!!!!!"..hadoii!!!pedihnya ayat..terguris aku bila dengar..tapi still control gelak-gelak comel...baru je hari ni boleh spend time dengan Syazwani dah kena bebel..hurrmmmmmmmm..bebel pun bebel laaa..asalkan rindu aku pada kamu terubat...kan?







p/s..to my bestfwen eva..aku happy ada kawan macam kamu!!cepat2 transfer pic kita ye...sayang kamu rindu kamu..mmmmmmmuah!!








p/s..to my mr. iK..sudah semestinya saya rindu kamu juga...




Wednesday, March 16, 2011

Cuti-Cuti-Cinta!!!



Kenapa cuti-cuti-cinta??sebab..cuti kali ni ramai ora
ng-orang yang penting dalam hidup aku menamatkan zaman bujang mereka..dan disebabkan mereka menamatkan zaman bujang mereka..maka aku adalah antara manusia yang busy body dalam majlis mereka-mereka ni..


Cuti seminggu ni rasa sangat singkat..hari khamis lepas sekolah terus gerak ke Kemaman..sedih sebab tak sempat jumpa mr.iK..dia kerja..tidur satu malam kat rumah kakak..pagi Jumaat terus gerak ke KL..sampai dalam pukul 4 petang..kena siap-siap untuk pergi akad nikah abang aku kat Kuchai Lama..dah la sesak dengan orang nak balik kampung..haiihhhhhh...perjalanan 30 minit pun jadi sejam lebih..sampai kat masjid pun dah pukul 9 lebih..alhamdulillah abang selamat bernikah pada 11.3.11..lepas makan-makan ada majlis berinai pulak..adoyaiiiii..orang terengganu kahwin senang je..takde berinai-inai ni..balik umah pun dah dekat pukul 2 pagi..kahwin punya pasal..nasib baik abang aku yang kahwin..kalau orang lain memang aku tak pergi dah..huhuhuuu..


Selamat Pengantin Baru Hafiz & Izyan...

makan-makan-makan!!!

betul kan aku ada..aku tak tipu pun~~


Balik semula ke terengganu hari Ahad..bermalam di Kemaman lagi..pagi Isnin baru balik rumahku yang terchenta...sebelum balik sempat breakfast dengan mr. iK..lepas breakfast pergi bercanda di pasiran pantai pulak..sanga
t terharu sebab mr. iK sanggup datang walaupun lepas penat bekerja semalaman..dengan baju kerja pulak tu..nasib baik saya ada perfume yang sangat wangi..taklah mucuk sangat..btw..mekasih ye mr. iK!!!



family breakfast box..nyum3!!


larat ke mr. Ik nak angkat batu tu???


walaupun panas..tetap maintain la pakcik..

i love you most!

Sampai rumah dalam pukul 2 petang..kena siap-siap pulak untuk pergi kenduri dua pupu..nasib baik dekat je..cik Mun..ketahuilah bahawa awak sangat chantek dengan baju "hot pink"
awak..sekali lagi rasa terharu sebab cik Mun sanggup pakai balik
veil dan crown sebab nak shoot pics dengan aku..


Actually, ada lagi seorang sepupu yang kahwin kat terengganu..tapi tak berkesempatan nak pergi sebab tarikh dia kahwin tersama pulak dengan abang aku punya wedding..tapi sebelum ke KL sempat singgah rumah dia untuk say congratzz dan bagi hadiah kahwin..


Yang lagi seorang pulak telah melangkah ke fasa pertunangan pada 11.3.11..sedih sebab tak dapat sama-sama di hari bahagia kamu..kenapa buat sama dengan abang aku punya kahwin?kalau tak mesti aku boleh datang..hukhukhuk!!








Aku?










Semalam family mr. iK datang rumah..kononnya nak berkenal-kenalan dengan family aku..merisik ke?entahlah..aku pun tak tahu datang merisik ke apa..ada 3 kereta yang datang..tapi mr. iK tak ada pun..dan akhirnya..objektif kedatangan mereka tak tercapai..mak ayah tak boleh nak bincang apa-apa sebab ramai sangat orang..bincang apa??haaaa..ini yang kita tak tahu..










p/s>to my bro, Mohd Hafiz bin Kamarudin and wife, Izyan..congratzz to both of you..selamat melayari bahtera perkahwinan..(ayat takleh blah ni)..semoga bahagia sampai syurga..tabah dalam menjalani kehidupan rumah tangga yang macam highway Karak..jangan asyik bercakar je macam dulu..dan cepat-cepat tambah koleksi anak saudara aku ye..ngehngehngeh~~


>to my cuzzie,
Fatimah Munirah Lamree and husband, Shukor..congratzz to both of you too..semoga bahagia sampai syurga..semoga cepat dapat baby..doakan saya pulak ye..ngeee~~


>to my cuzzie, Wahida Mutmainnah binti Ramly and husband, Hamdan..sorry tak dapat datang wedding kamu berdua..semoga bahagia sampai syurga..=)


>to my classmate,
Nur Fathiah binti Mohd Nasir and her future husband, Sabri..tahniah atas pertunangan kamu..walaupun saya tak dapat datang masa awak bertunang..insyaAllah saya akan pergi masa awak kahwin nanti..ok?



>>>to my mr. iK...i love you most!!


Saturday, January 22, 2011

Kawan Baru!



Saya dapat kawan baru..nama dia Piki..sekarang ni dia yang temankan malam-malam saya..kadang-kadang saya kurang senang dengan dia sebab dia selalu perhatikan gerak geri saya..lagi-lagi masa saya tidur..ntah pape la Piki ni kan?



ni la Piki yang comey tomey..=)









p/s...mekasih ye Mr. IK sebab bagi Piki kat saya as a birthday present..nampaknya saya dah ada penjaga..dah tak boleh nakal-nakal lagi..hurrrmmmmm~~




Saturday, January 1, 2011

Bukan Selamat Pengantin Baru!



Happy New Year!!!


Selamat tahun baru 2011..tarikh hari ni agak chantek kan?1.1.11..bila terfikirkan tarikh ni semalam..saya telah bertanya pada mr. iK saya..boleh tak kalau kita couple balik hari ni?hehe..what a funny question!dan sudah semestinya la jawapan dia tak boleh kan..hehe..ni intro je..takde kena mengena pun dengan topik tahun baru..


Sempena tahun baru ni mesti semua orang ada azam baru kan?apa azam baru korang?ataupun korang still target nak capai azam tahun lepas?




Okay..ni antara azam aku untuk 2011..harap-harap tercapai (sebab selalunya susah nak capai)...


1. nak meningkatkan amal ibadat sebagai seorang Islam..

2. nak jadi seorang anak perempuan yang mendengar kata ibunya..

3. nak belajar leklok sebab tinggal setahun je lagi..(yang ni paling takleh percaya kot)

4. nak cuba control marah..oh!saya memang cepat temper..lagi-lagi bila dekat nak p****d...cian mr. iK saya sebab selalu jadi mangsa angin pasang surut saya ni..mekasih ye pakcik sebab tahan dengan makcik ni..harap-harap tahan sampai bila-bila eh..ngee~

5. nak setia sesetia setianya pada mr. iK...

6. nak jadi seorang manusia yang dapat memberikan manfaat kepada manusia lain..








p/s..mengharapkan sesuatu yang istimewa pada 11.11.11..can't wait for this date..=)